SUAMI kepada pelakon Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakari telah berkongsi imbasan ultrasound yang dilakukan ketika berada di sebuah klinik selepas kandungan isterinya mempunyai masalah.

Menerusi entri di Instagram (IG), Faizal melahirkan rasa syukur selepas doktor mengesahkan kandungan Abby berada dalam keadaan selamat.

"Hari cuti bawah My Love @abby_abadi112 ke Klinik. Pagi tadi ada masalah sikit, berdebar jugak tapi Alhamdullilah semua ok.

"Makan ubat kena ikut aturan dan banyakkan rehat ya.

"Terima kasih doktor sebab berikan layanan yang baik tadi (semalam)," tulisnya.

Hari cuti bawah My Love @abby_abadi112 ke Klinik . Pagi tadi ada masalah sikit..berdebar jugak....tapi Alhamdullilah semua ok.... . Makan ubat kena ikut aturan....banyakkan rehat ya . Terima kasih Doc sebab berikan layanan yang baik tadi

A post shared by Faizal Zakaria (@jaiezzany) on


Menerusi ruangan komen, rata-rata mengucapkan tahniah kepada Abby dan mendoakan agar kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat.

"@mie_mie_said: Ya Allah pelihara dan kurniakanlah kesihatan yang sempurna buat Abby dan kandungannya. Aamiin."

"@haidziro_lady_amway: Minta Abby bed rest ye. Minta sangat semoga kandungan sihat."

"@tuanaizan: Semoga Allah lindungi cinta kasih Abby bersama suami disamping anak-anak. Jangan angkat berat-berat ye, banyakkan rehat."


Terdahulu pada tahun 2017, Abby mendedahkan dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.