Tutup

All Star Buka Panggung bukan sekadar hiburan semata-mata

All Star Buka Panggung bukan sekadar hiburan semata-mata
Datuk Aaron Aziz menyampaikan sumbangan sebanyak RM4,000 kepada Abu Bakar Ahmad selepas menjadi juara mingguan - Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Pada Jumaat lepas,  ‘All Stars Buka Panggung’  membuka tirainya di Royal Theatre, Shah Alam yang menampilkan barisan peseta selebriti iaitu Datuk Aaron Aziz, Liyana Jasmay , Naim Daniel, dan juga Yusry Abdul Halim.

Seperti mana yang anda tahu program ini mencabar para peserta untuk berlakon dan melawak tanpa menggunakan skrip.
Namun apa yang menariknya, dalam usaha peserta  All Stars Buka Panggung ini berlakon dan melawak sebenarnya mereka juga turut menyumbang kepada pelakon tanah air yang telah berbakti kepada industri tanah air.

Setiap minggu, peserta yang berjaya menjadi juara mingguan akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4,000 ringgit kepada karyawan yang pernah mewarnai industri seni suatu ketika dahulu.
Pada minggu pertama, kita telah menyaksikan bagaimana pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz telah berjaya mencuit hati penonton sekali gus muncul sebagai juara pada minggu pertama.

Hadiah yang telah diperoleh telah disumbangkan kepada Abu Bakar Ahmad atau lebih dikenali sebagai Haji Tawil yang merupakan seorang pelawak pentas dan pelakon drama and filem sejak tahun 1970-an.

Haji Tawil terkenal dengan filem Prebet Lapok dan pernah digandingkan bersama A.R. Badul.

Minggu kedua, juara mingguan akan memberi sumbangan kepada pelakon, seniwati Wan Maimunah yang terkenal dengan drama termasuklah Gentayangan (2011), Puaka Tebing Biru (2007) dan Putih (2001).

Ogos lalu, beliau telah dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas dan terkena jangkitan kuman pada paru-paru.

Siapakah diantara Datuk Rosyam Noor, Datin Diana Danielle, Fizo Omar dan Farahdhiya yang bakal bergelar juara mingguan dan menyampaikan sumbangan kepada Wan Maimunah?

Jangan lupa saksikan All Star Buka Panggung pada jam  9 malam dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Warna (CH132) dan Astro Warna HD (CH124).


Tag: All Star Buka Panggung, Seniman, Bantuan, Industri Seni, Pelakon, Wan Maimunah, Aaron Aziz, Diana Daniell, Fizo Omar, Farahdhiya, Rosyam Noor



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.