PENYANYI era 90-an, Azreen Manan, 41, telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh sahabat karibnya, Datin Seri Umie Aida menerusi Instagramnya sebentar tadi.

"Allah sayang pada mu Azreen, tenanglah mu di sana. Al-fatihah," tulis Umie.

Selain Umie, pelakon Erra Fazira turut menitipkan coretan terakhirnya buat arwah Azreen.

Innalillahiwainnailaihirojiun... adinda kesayangan ramai Azreen Manan telah kembali menemui Sang Pencipta.. . . Maaf adikku.. tak sempat kakak menziarah mu disaat2 terakhir hayat mu..