awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPA komited perkhidmatan awam pantas, berorientasikan rakyat selari amanat PM 2026
Ee Wei sasar musim 2026 lebih sihat, bebas kecederaan
Permintaan domestik, lonjakan e-dagang pacu sektor logistik Malaysia - Kenanga Research
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ampunkan dosa, terimalah taubat kami Ya Allah' - Doa Mat Dan runtun jiwa netizen

Gempak
Gempak
06/05/2019
15:30 MYT
'Ampunkan dosa, terimalah taubat kami Ya Allah' - Doa Mat Dan runtun jiwa netizen
Mat Dan ditemani isteri, Nadifa Adnan dan anaknya, Muhammad Zayne Tyler yang berusia satu tahun menjejakkan kaki ke tanah suci itu sejak 26 April yang lalu.
JEJAKA 'Mat Saleh' yang fasih bertutur loghat Terengganu, Mohammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan selamat menjalani ibadah umrah bersama keluarganya.
Mat Dan ditemani isteri, Nadifa Adnan dan anaknya, Muhammad Zayne Tyler yang berusia satu tahun menjejakkan kaki ke tanah suci itu sejak 26 April yang lalu.
Sempat berkongsi gambar-gambar mereka sekeluarga di Masjid Al-Nabawi, Taif dan di hadapan Kaabah, Mat Dan meruntun jiwa netizen dengan doa-doa yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.
“Alhamdulillah bersyukur segala puji kepada Allah SWT. Ya Allah Ya Rabbi, terimalah amalan kami sekeluarga. Berilah kami sekeluarga kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
“Jauhkan kami sekeluarga dari perbuatan yang jahat, perangai yang buruk dan tunjukkan kami jalan yang benar. Ampunkan dosa-dosa dan terimalah taubat kami," tulisnya lagi.
Mat Dan juga berkesempatan melihat imam Masjidil Haram secara dekat dan solat subuh berjemaah lima baris dibelakangnya.
Semoga perjalanan Mat Dan dan keluarga ke tanah suci itu memberi inspirasi buat ramai lagi umat Islam untuk menjejakkan kaki ke sana.
Mat Dan dan isterinya disatukan pada Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 5 Mei 2018.
Topic Berkaitan
#doa Mat Dan
#ibadah umrah
#Jejaka Mat Saleh
#Mat Dan
#Mohammad Kareef Daniel Abdullah
#Muhammad Zayne Tyler
#Nadifa Adnan
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan