SEBUAH video vokalis kumpulan rock legenda Search, Amy terjatuh dari pentas setinggi empat kaki ketika membuat persembahan menjadi viral di laman sosial.

Kejadian tersebut berlaku ketika Amy sedang menjayakan sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota.

Sebelum insiden tersebut berlaku, Amy dikatakan ingin bersalaman dengan peminat yang berada di barisan hadapan, namun sinaran lampu dan struktur pentas yang mengelirukan antara punca menyebabkan dia terjatuh dari pentas.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gitaris berlari ke arah Amy sebaik sahaja vokalis tersebut terjatuh.

Sementara itu, di akaun laman sosial Instagram, Amy Search memaklumkan bahunya terseliuh dan kecederaan kecil itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kembali persembahan bagi menghiburkan peminat yang hadir di konsert tersebut.


Kejadian tersebut berlaku ketika Amy sedang menjayakan sebuah majlis makan malam korporat di ibu kota. -Kredit video YouTube Mohd Khairul Nizam