Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan dugaan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pagi tadi.

Penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu mengumumkan berita sedih itu di laman Instagram peribadinya sebentar tadi.

"Allah uji saya lagi, anak saya Alif Johan baru saja hembuskan nafas terakhir pada pagi tadi di rumah saya, akan dikebumikan secepat mungkin," kata Nora dalam nada sedih.


Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pernah menyertai program realiti anjuran sebuah stesen televisyen.

Jenazah Alif akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tunku, Petaling Jaya pada hari ini juga.

Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.