Tutup

Anak peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Chot (XOXO) alami penyakit injap jantung terbalik

Anak peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Chot (XOXO) alami penyakit injap jantung terbalik
Bayi yang diberi nama Muhammad Sher Harraz Hazmeer itu perlu menjalani pendedahan di Institut Jantung Negara dimana kos yang diperlukan adalah sebanyak RM18,000.
ANAK kepada bekas peserta Maharaja Lawak Mega 2017, Chot dari kumpulan XOXO mengalami penyakit injap jantung terbalik.

Chot atau nama sebenarnya, Hazmeer Hassan mendedahkan perkara terbabit menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

Bayi yang diberi nama Muhammad Sher Harraz Hazmeer itu perlu menjalani pendedahan di Institut Jantung Negara dimana kos yang diperlukan adalah sebanyak RM18,000.


Menerusi entri tersebut, Chot mengucapkan terima kasih semua rakan dan kenalan yang telah membantu dalam menguruskan proses perubatan cahaya matanya.
"Salam semua, Alhamdulillah, ini adalah ujian saya dan rawatan pembedahan fasa pertama buat anak saya yang ada tiga masalah jantung, di mana pembedahan juga berperingkat satu demi satu.

"Saya sedang cuba usahakan untuk mendapat harga rawatan sebenar selepas rayuan dibuat.
"Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu, hanya Allah dan kekuasaan-Nya yang mampu balas budi anda semua," tulisnya.

Rakan-rakan artis lain seperti Shahrol Shiro dan Ammar Titan bersama netizen turut meluahkan rasa simpati terhadap Chot serta mendoakan agar anaknya segera diberikan kesembuhan.

 
 

#Repost @maestromediamy with @get_repost ・・・ Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang mengikuti Maestro Media My. Muhammad Sher Harraz Bin Hazmeer anak kepada sahabat seni dan juga seorang penyampai radio Melaka FM iaitu saudara Hazmeer @chotxoxo yang mengalami INJAP JANTUNG TERBALIK dan perlu menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara. Kos pembedahan menelan belanja sebanyak RM 18,000.00 . Mari lah sama sama kita membantu samada bantuan kewangan atau pon mendoakan bayi kecil ini semoga dapat melansungkan kehidupan dengan sempurna. Bantuan boleh la disalurkan terus kepada :- Hazmeer Bin Hassan (DJ Chot) No. Akaun : 105047192523 (Maybank) No. Tel : 017-6378638 #maestromediamy #bantuankemanusian ......................................... Marilah kita bersama membantu mempermudahkan urusannya..Aminnn...

A post shared by Shahrol Azizie Azmi (@shahrol_shiro) on


Chot pernah menjadi anggota kumpulan XOXO bersama Wan dan Wan Gegau. Kini, Chot bertugas sebagai penyampai di Melaka FM.



Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Chot & Shahrol Shiro