PELAKON dan pengarah filem, M Jamil mengalami strok dan kini menjalani rawatan di sebuah hospital.

Sumber terdekat memberitahu anak kepada Seniwati, Datuk Sarimah Ahmad ini jatuh sakit sejak minggu lalu.

“Beliau kini menerima rawatan di sebuah hospital di Shah Alam selepas mengalami strok separuh badan sebelah kiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Tambahnya, berat badan selebriti berusia 54 tahun ini juga semakin susut selepas mengidap penyakit kencing manis sejak beberapa tahun lalu.

Buat masa ini Pengarah filem Momok The Movie ini dilaporkan stabil dan dijangka keluar dari hospital dalam masa terdekat.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: momokthemovie.blogspot.com