awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angelina Jolie failkan penceraian terhadap Brad Pitt, tuntut hak penjagaan 6 anak - TMZ

Agensi
Agensi
21/09/2016
00:32 MYT
Angelina Jolie failkan penceraian terhadap Brad Pitt, tuntut hak penjagaan 6 anak - TMZ
Pasangan A-list itu berkahwin sejak 2014, namun hidup bersama sejak 2004. - Gambar fail
Bintang Hollywood Angelina Jolie dilaporkan telah menfailkan penceraian dari aktor Brad Pitt dengan turut menuntut hak penjagaan kesemua enam anak mereka, lapor portal hiburan TMZ pada Selasa.
Menurut laporan itu lagi, Jolie, 41, menfailkan dokumen terbabit pada Isnin dengan memberikan alasan hubungan mereka tidak lagi mampu dipulihkan.
Pasangan A-list itu berkahwin sejak 2014, namun hidup bersama sejak 2004.
Portal berita CNN melaporkan Jolie turut menuntut untuk menyimpan beberapa barang kemas dan barangan peribadi, dan pendapatan selepas mereka mula berpasangan dan aset-aset tertentu yang akan dikemukan nanti.
Spekulasi kini bertiup kencang tentang siapa yang bakal mendapat hak penjagaaan keenam-enam anak mereka. Namun, sumber terdekat melaporkan kedua-dua pihak berkemungkinan bersetuju dengan perpisahan secara baik.
"Selain dari populariti mereka yang terbabit, kes ini serupa dengan kes-kes perceraian yang lain," sumber tersebut berkata.
"Saya amat sedih, namun apa yang penting adalah kepentingan anak-akan kami," kata Pitt dalam satu kenyataan kepada CNN pada Selasa.
"Saya merayu agak media dapat memberikan anak-anak kami ruang yang diperlukan pada waktu mencabar ini," katanya.
Menurut sumber, fokus Jolie kini tertumpu kepada anak-anak mereka.
"Angelina akan melakukan yang terbaik untuk melindungi anak-anaknya," menurut Geyer Kosinski, pengurus Jolie kepada E!News dalam satu kenyataan Selasa.
"Beliau (Jolie) sangat menghargai keprihatinan anda tatkala mereka memerlukan sedikit ruang buat waktu ini," tambah Kosinski.
Jolie dan Pitt mempunyai enam orang cahaya mata, Shiloh, Pax, Maddox, Zahara dan pasangan kembar, Knox dan Vivienne.
Topic Berkaitan
#angelina bercerai
#Angelina Jolie
#Brad Pitt
#brad pitt bercerai
#faikan penceraian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan