PEMAIN bass Kerispatih, Andhika telah meninggal dunia semalam kerana serangan jantung ketika sedang tidur di kediamannya di kawasan Cipinang, Jakarta Timur, lapor media Indonesia.

Dhika, 36 tahun dikebumikan di Taman Pemakaman Sunan Giri, Rawamangun, Jakarta Timur selepas solat Asar.

Dhika Kerispatih telah ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya yang menghantar sarapan ke biliknya.

Dhika dikebumikan di Taman Pemakaman Sunan Giri, Rawamangun, Jakarta Timur selepas solat Asar. -Foto Sinar Harian
Beberapa hari sebelum itu, Dhika telah sempat dibawa ke Rumah Sakit Pusat Otak Nasional dan dinyatakan terkena stroke ringan.

Selepas beberapa hari menerima rawatan, Dhika dibenarkan pulang ke rumah namun belum genap 24 jam setelah tiba di rumah, Dhika ditemukan meninggal dunia sekitar pukul 9.30 pagi di biliknya.