Ariana Grande disaman paparazi

Ariana Grande disaman paparazi
Ariana Grande berdepan tuntutan saman berjumlah ratusan ribu ringgit selepas memuat naik gambar yang dirakam oleh seorang paparazi tanpa kebenarannya. - REUTERS/Fail
NEW YORK: Seorang jurugambar paparazi memfailkan saman ke atas Ariana Grande selepas penyanyi popular itu memuat naik gambar di akaun Instagram miliknya tanpa kebenaran lelaki berkenaan, pada Isnin.

Robert Berbera yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat, merakam gambar Grande semasa penyanyi genit itu berjalan keluar dari sebuah bangunan dengan membawa sebuah beg dengan tulisan "Sweetener" pada tahun lepas bersama kapsyen "happy sweetener day".


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

comfy merch n stuff http://shop.arianagrande.com

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on

Dua keping gambar milik Barbera dimuat naik oleh Grande pada 17 Ogos lalu selepas melancarkan album bertajuk Sweetener.

Gambar berkenaan yang masih lagi tidak dipadamkan menerima sekitar 2.38 juta tanda suka.

"Grande melanggar hakcipta Barbera dengan memuat naik foto secara umum di lama Instagram miliknya. Grande tidak pernah diberi kebenaran atau mempunyai hak untuk berbuat demikian menggunakan gambar berkenaan," tulis Barbera dalam tuntutannya.

Justeru, Barbera memfailkan saman ke atas Grande atas faedah yang diterimanya daripada gambar berkenaan iaitu US$25,000 (sekitar RM104,000) bagi setiap gambar.

Grande bukan selebriti pertama berdepan dengan kes saman kerana menggunakan gambar yang diambil oleh paparazi tanpa kebenaran, lapor BuzzFeed News.

Januari lalu, model Gigi Hadid turut disaman oleh sebuah agensi selepas memuat naik gambarnya di laman media sosialnya yang mempunyai 44 juta pengikut.