Penyanyi antarabangsa Ariana Grande telah menangguhkan jelajah konsertnya di Eropah tanpa memberi tarikh baru selepas serangan bom di Manchester.

Perkara ini dilaporkan oleh portal hiburan TMZ.

Grande dijadual membuat persembahan pada Khamis dan Jumaat ini di London.

Namun, difahamkan, beliau tidak berada dalam keadaan yang baik untuk meneruskan jelajahnya itu.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] Letupan gegar konsert Ariana Grande

Jelajah konsert beliau di eropah termasuk di Belgium, Poland, Jerman dan Switzerland

Nama Ariana Grande dan konsertnya di Manchester Arena paling disebut-sebut sepanjang hari ini susualan kejadian bom tersebut.