GARA-GARA penyebaran foto penyanyi Ismail Izzani dengan aktres Zarina Anjoulie seakan berpeluk di sebuah kelab malam tular baru-baru ini, penyanyi Luar Biasa itu berkata dia sukar tidur malam.
"Sejujurnya, selepas kontroversi itu empat hari saya susah nak tidur kerana asyik memikirkan apa yang telah berlaku.
"Hati saya jadi tidak tenang dan hanya tidur tiga jam sehari. Kejadian hitam itu seperti baru berlaku semalam," luahnya.
Memetik laporan mStar Online, Ismail mengakui kejadian itu telah mengguris perasaan ramai orang dan atas apa yang sudah terjadi akan dijadikan sebagai pengajaran.
BACA: Sakit, tapi bukan mengandung dengan Ismail Izzani - Zarina Anjoulie
BACA: Foto mesra Ismail Izzani bersama Zarina Ann Joulie tersebar
"Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.
"Ini adalah ujian paling hebat yang pernah saya terima sepanjang 18 tahun hidup dan ia merupakan pengajaran sangat berguna untuk saya.
"Sebelum ini mama (Suliza Salam) pernah menasihati saya supaya berhati-hati dan ingatkan dalam industri ini artis yang akan jatuhkan artis dan sekarang baru saya percaya kata mama itu betul," ujarnya.
Pun begitu, Ismail, 18, yang popular menerusi lagu Sabar ini turut enggan mengulas lanjut mengenai pelbagai dakwaan yang ditujukan kepadanya dan Zarina.
"Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka kerana lagi kita bercerita akan membuka ruang kepada mereka.
"Bersabarlah tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Kami dah berbincang bersama keluarga dan pihak pengurusan untuk tidak ulas isu ini secara mendalam buat masa ini," jelasnya lagi.
Sinar Harian
Fri Sep 07 2018
ISMAIL: Saya telah mengecewakan semua orang dan sedar bukan mudah untuk mereka maafkan saya, cuma selepas ini saya akan buat lebih baik supaya mereka dapat menerima saya semula.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
'Bukan Ismail Izzani' - Wanita dakwa hamil anak artis mohon maaf, padam video
Selepas memadamkan video yang merakamkan tangkapan skrin (screenshot) perbualan WhatsApp dengan ibu dan artis itu, wanita berkenaan memaklumkan akan memadamkan akaun tersebut.
Tarian berjaya pikat hati BLACKPINK, Ismail Izzani gementar ambil hadiah dari Lisa
Jumpa Lisa depan-depan, untungnya Mail.
Ismail Izzani sampaikan sajak sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia
Sempena hari kanak-kanak sedunia, duta remaja Unicef, Ismail Izzani menyampaikan sajak nukilan Lily Jamaludin yang bertajuk Rain Drops.
Alif Syukri bercita-cita berduet dengan Anuar Zain, Faizal Tahir
Tinggi sungguh cita-cita Datuk Seri Aliff Syukri!
'Saya muat naik foto biawak panjat Menara KL sebab...' - Ismail Izzani
Ismail izzani menarik perhatian peminat apabila memuat naik foto-foto rawak di laman sosial Instagram miliknya.
'Dulu tak, tapi sekarang ...' Ini punca Ismail Izzani rapat dengan Zizan Razak
Penyanyi Ismail Izzani akui menganggap pelakon dan pelawak Zizan Razak seperti abangnya sendiri.
Macam movie lah, netizen tak sabar nak tonton muzik video Ismail Izzani
Itu sahaja yang boleh digambarkan apabila pertama kali menonton teaser lagu terbaharu daripada Ismail Izzani, Save Me.
Kasihannya! Ismail Izzani kena jangkitan pada membran mata
Penyanyi kontroversi, Ismail Izzani mendedahkan mata kirinya kini membengkak disebabkan jangkitan kuman.
Kontroversi peluk bukan gimik - Ismail Izzani
Penyanyi Ismail Izzani menyangkal dakwaan netizen bahawa dia mengambil kesempatan terhadap kontroversi melandanya baru-baru ini bagi mempromosikan single terbaharu, Bidadari.
Artis jatuhkan artis: Ismail Izzani baru percaya cakap mama
Gara-gara penyebaran foto penyanyi Ismail Izzani dengan aktres Zarina Anjoulie seakan berpeluk di sebuah kelab malam tular baru-baru ini dia sukar tidur malam.