awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ary Malik meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2017
12:05 MYT
Ary Malik meninggal dunia
Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan meninggal dunia pada pukul 7.17 malam ini, menurut suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46. - Gambar fail
Pelakon dan pengacara, Ary Malik disahkan meninggal dunia pada pukul 7.17 malam tadi, menurut suaminya Shahrul Nizam Shaharuddin, 46.
"Saya berasa satu kehilangan besar kerana dia merupakan isteri yang sangat penyayang dan menjadi kesayangan ramai.
"Saya hilang sesuatu yang besar dalam hidup saya," ujar Shahrul Nizam dalam pesanan ringkas kepada media.
Dia yang mengakui banyak belajar tentang kehidupan bersama Ary, turut memberitahu bahawa anak-anak mereka masih dalam keadaan bersedih dan terkejut.
"Mereka sudah mula rindu dan berasa ketiadaan ibu mereka sewaktu arwah dimandikan," katanya.
Shahrul Nizam juga ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan ucapan takziah yang disampaikan kepada mereka sekeluarga.
Sebelum ini, Ary dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke Hospital Ampang akibat kanser ovari tahap empat.
Ary dimasukkan ke hospital itu pada 18 Februari lalu selepas keadaannya semakin lemah namun dia mula tidak sedarkan diri sejak Selasa lalu.
Ary sudah mengesan penyakitnya itu sejak hampir setahun lalu, dan pernah menjalani pembedahan pada bulan Mei tahun lalu di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju.
Doktor sebelum ini turut mengesyaki barah yang dihidap Ary merebak ke bahagian kepala.
Ary yang mula mewarnai dunia seni dan penyiaran tempatan sejak tahun 90-an pernah menyertai rancangan realiti iaitu MasterChef Malaysia terbitan Astro pada tahun 2012.
Hasil perkongsian hidup dengan Shahrul Nizam, Ary atau nama sebenarnya Nurita Maliha Aryanee Abdul Malik, 46, dikurniakan tiga orang anak – Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.
Topic Berkaitan
#ary malik
#barah
#kanser
#kanser ovari
#pelakon
#Pengacara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan