Asia Comic Con (ACC) 2018 telah diadakan buat kali pertama di Malaysia dan ia merupakan sebuah acara budaya pop terbesar tahun ini.

Acara ini telah menggabungkan filem, komik, animasi, permainan video, cosplay dan banyak lagi.

Majlis pembukaan yang diadakan pagi tadi di Sunway Pyramid Convention Centre telah dirasmikan oleh Pengasas Serantau, Krit Vitayasamrit serta Penganjur dan Rakan Kerjasama di Malaysia, Tan Mong Chon, Michael Zchang dan Vincent Low dari Hub Advertising.

Acara tersebut turut disertai oleh selebriti antarabangsa seperti NoB, Mao, Siam Dream dan Sweat 16.

ACC 2018 ini akan berlangsung selama tiga hari bermula pada hari ini sehingga 15 Julai 2018 bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, terdapat banyak aktiviti menarik disediakan buat pengunjung.