SEBELUM ini, aktres Sherry Ibrahim terpalit dengan dakwaan yang mengatakan dirinya melakukan pembedahan kosmetik untuk mencantikkan wajah.

Menafikan perkara terbabit, aktres drama bersiri Teduhan Kasih ini menangkis dakwaan yang timbul dengan penuh berhemah.

Terbaru, ada seorang wanita yang melemparkan tuduhan serupa dan lebih memburukkan keadaan, ia turut melibatkan nama keluarga Sherry.

Berang dengan dakwaan terbabit, Sherry berkongsi perkara itu menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

"Astaghfirullah Al-Azim. I Dapat Ni Tadi Dari One Of My Family Members. Banyak Yang Dia Tulis Tapi Malas Nak Letak Semua. Sebab Membuatkan IG I Nampak Tak Cantik.

"I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan. First of all I don’t know you tapi you tulis macam you kenal and tau everything pasal I.

"Stop tulis benda-benda macam ni and buat statement pandai-pandai. I feel sorry for you gal!" tulis Sherry.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mengeji perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan memohon agar Sherry tidak mempedulikan dakwaan terbabit.