SEBUT sahaja nama Datuk Seri Siti Nurhaliza, sudah pasti ramai yang mengenali insan ini.

Seorang penyanyi yang mempunyai suara yang lunak membuatkan ramai peminatnya begitu teruja dengan lagu-lagu yang didendangkannya.

Separuh daripada usianya juga disumbangkan demi mengisi pentas seni suara dan menghiburkan semua yang meminatinya.

Beliau telah memulakan kariernya sebagai penyanyi seawal usia 16 tahun, setelah memenangi sebuah pertandingan nyanyian pada tahun 1995. Dan pada tahun itu juga beliau telah di lamar oleh syarikat rakaman Suria Records.

Perwatakannya yang lembut dan sentiasa tersenyum sudah pasti membuatkan ramai orang akan jatuh hati kepadanya bila bersua bersamanya.

Pada 11 Januari 2019, Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra digelar sebagai Tok Ti akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke -40 .

Astro AWANI akan berkongsi kepada anda semua pelbagai kisah menarik mengenai Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang hayatnya sebagai seorang Penyanyi yang sangat terkenal bukan sahaja di Malaysia malah Nusantara.

Marilah sama-sama kita menyambut dan memberikan ucapan istimewa kepada beliau, semoga ia akan menjadi hari yang penuh bermakna buat insan yang banyak mewarnai pentas seni suara dan juga memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat yang mengenalinya.

Jangan lupa untuk sertakan #SitiGolden40th