awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro NJOI percuma untuk Sekolah Tahfiz Al-Habbah

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
18/06/2019
00:03 MYT
Astro NJOI percuma untuk Sekolah Tahfiz Al-Habbah
Mazhairul menyerahkan dekoder Astro NJOI kepada wakil Sekolah Tahfiz Al-Habbah. - Foto Astro AWANI
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, perkhidmatan televisyen satelit percuma Astro, NJOI, menyediakan sebuah televisyen 40 inci beserta kotak dekoder untuk kegunaan pelajar dan guru Sekolah Tahfiz Al-Habbah.
Satu majlis penyerahan telah diadakan pada Isnin dan disempurnakan oleh Pengarah NJOI, Mazhairul Jamaluddin.
Selari dengan tema sambutan Aidilfitri Astro, Sempurna Seadanya, Astro NJOI cukup berbesar hati menjalankan kerjasama ini yang diharap dapat memperkayakan kehidupan para pelajar dengan hiburan dalam pembelajaran atau edutainment.
Mazhairul bersama pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Al-Habbah.
Mazhairul bersama pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz Al-Habbah.
"Majlis hari ini adalah susulan daripada inisiatif Astro sejak 2012, di mana kami telah beri set dekoder Astro NJOI percuma kepada kediaman-kediaman terpilih dan pusat komuniti. Hari ini, buat kali pertama kami serahkan kepada sekolah tahfiz.
"Kami merasakan program-program di Astro, seperti di saluran Astro Oasis dan TVIQ, sangat bersesuaian untuk ditonton pelajar-pelajar di sini. Kami harap mereka dapat menggunakannya dengan baik dan mendapat faedah daripadanya," kata Mazhairul ketika ditemui selepas selesai majlis.
NJOI juga tidak menolak untuk mengadakan kerjasama seumpama itu lagi di masa hadapan, serta akan terus komited dalam menjalankan aktiviti dan program yang memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#Astro
#Astro NJOI
#dekoder
#guru
#pelajar
#sekolah
#tahfiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan