Selaras dengan tema 'Dari Hati' melalui 'Kempen Kosong-Kosong', lebih 260 program istimewa raya termasuk 131 buah program baharu akan disiarkan di platform digital, televisyen dan radio sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Pada masa sama, penonton bakal disajikan dengan saluran khas Raya HD (122) yang boleh dinikmati secara percuma selama sebulan bermula 24 Jun hingga 24 Julai ini.

Saluran khas Raya HD bakal menyajikan seleksi program raya terbaik yang disusun berselang-seli tanpa henti merangkumi pelbagai genre berbeza.

Ia termasuk program hiburan, muzikal, drama, telefilem terhebat yang menampilkan artis popular tanah air, komedi, koleksi filem terlaris tempatan dan antarabangsa.

Kandungan premium menerusi Astro First tidak ketinggalan membariskan program-program menarik untuk dilanggan iaitu Memori Pajeri Nenas, Syurga Yang Tak Dirindukan 2, dan Dangal.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-denggi-di-kawasan-barat-daya-tunjuk-peningkatan-dengan-dua-kes-kematian-145688

Manakala, Astro Best pula turut menawarkan tiga program hebat iaitu Beauty & The Beast, The Baby Boss, dan Logan.

Antara koleksi filem terlaris yang bakal menghiburkan penonton termasuk Munafik, Kabali, Secret Life Of Pets, Langit Cinta, Diwali, dan Bajirao Mastani.

Penonton juga dihidangkan dengan sajian program muzikal seperti Gegar Vaganza Kirim Salam Raya, Dia Semanis Honey Muzikal, Duo Star Lagenda Raya, Tak Balik Raya Tak Rock, dan Karokgram.

Bukan itu sahaja, bagi peminat drama dan telefilem Melayu, turut disajikan Menantu Malam Raya, Lambor Kanan Belakang Dewan, Jodoh Ayam Tergolek, dan Selamat Tinggal Aidilfitri.

Turut dibawakan kembali barisan drama popular seperti Suri Hati Mr Pilot Raya, Famili Tuan Ehsan, Abang Bomba I Love You Raya, dan Sayang Papa Saya Tak Raya.

Selain itu, program seperti Romantika Raya, Hero Princess Aaisyah, Abang Hot Beraya, dan Parodi Raya Dulu Raya Sekarang juga disajikan.

Program lawak dan komedi pula termasuklah MLM Raya 2017, Konsert Komedi Raya, Sepahtu Reunion Raya, dan Jozan Raya Sampai Pengsan.

Dalam pada itu, Astro Radio menerusi ERA fm, Sinar FM, dan THR Gegar juga tidak ketinggalan mengudarakan program-program menarik khusus buat pendengar setia mereka sepanjang musim perayaan.