Selepas Nur Kasih dan Juvana, sebuah lagi drama bersiri popular dibawakan ke layar perak.

Dania masih lagi meneruskan sikap cemerkapnya menerusi Awan Dania The Movie.

Tayangan perdana filem ini untuk media akan diadakan pada Rabu di Golden Screen Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur.

Drama bersiri ‘Awan Dania’ pernah mencatat jumlah tontonan tertinggi di televisyen dan filem ini dijangka meraih kutipan Box-Office.

Untuk rekod, Nurkasih The Movie telah mencatat kutipan RM4.93 juta sementara Juvana pula mengumpul RM2.86 juta.

Filem Awan Dania The Movie merupakan filem terbaru arahan Rashid Sibir yang telah lama tidak mengarahkan filem.

Kali terakhir filem arahan Rashid ialah Cinta Luar Biasa pada tahun 2004 yang juga sebuah karya terbitan Tayangan Unggul.

Scha Al-Yahya masih memegang watak Dani dibantu Elly Mazlein, Rusdi Ramli dan Jehan Miskin.

Filem ini mengisahkan dua jejaka yang berebutkan Dania selain pengalamannya menyertai pertandingan pramugari terbaik.

Tayangan umum Awan Dania The Movie akan bermula pada 14 Mac ini.