PASANGAN selebriti dari Singapura, Awi Rafael dan Atikah Suhaime bakal mendirikan rumah tangga pada 15 Mac 2019.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh pengurusan Awi, Warner Music Malaysia selepas pasangan itu selamat bertunang semalam.

BACA: Awi Rafael, Atikah Suhaime bertunang

"Kami dari pihak pengurusan Awi Rafael (Warner Music Malaysia) ingin memaklumkan bahawa Awi dan Atikah Suhaime telah selamat melangsungkan pertunangan pada 17 Mac 2018 di sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga rapat di Royal Palm Central, Clarke Quay, Singapura.

"Ikatan tali pertunangan mereka diikatkan selama setahun dan majlis perkahwinan akan berlangsung sekitar bulan Mac 2019.

"Majlis resepsi akan diadakan di Singapura dan Kuala Lumpur juga," maklum Warner Music Malaysia kepada Astro Gempak.

Menurut laporan Harian Metro, Atikah dan Awi bakal mendirikan berkahwin pada 15 Mac 2019 sempena tarikh ulang tahun kelahiran pelakon wanita itu.

Berita pertunangan yang mengejutkan banyak pihak itu semalam diumumkan Atikah sendiri menerusi entri di Instagram.

Atikah, 27, memuat naik sepotong video menyaksikan dia yang menyarung sepasang dres biru disarungkan sebentuk cincin oleh ibu Awi di atas pelamin.

Malah, foto Awi memakai sut hitam dan Atikah menyarung dres nude juga tersebar di Internet.

Pasangan itu telah berkenalan lebih lima bulan lalu dan masing-masing telah mencipta nama di Malaysia menerusi karya lakonan dan nyanyian yang tidak kurang hebatnya.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @therealatikahsuhaime