awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar terima ‘Order of the Republic’, penghormatan tertinggi Turkiye
P.Pinang tersenarai antara destinasi terbaik untuk dilawati oleh CNN dan New York Times
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ayah mohon maaf, banyak buat salah semasa awak dalam kandungan' - PU Abu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/06/2019
14:46 MYT
'Ayah mohon maaf, banyak buat salah semasa awak dalam kandungan' - PU Abu
Bekas isteri PU Abu, Ain Afini Latiff, selamat melahirkan bayi lelaki pada 7 Jun lalu. - Instagram PU Abu
PESERTA Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan menimang cahaya mata sulungnya, seorang bayi lelaki, Jumaat lalu.
Menerusi entri yang baru dimuat naik ke Instagram, dia yang dikenali sebagai PU Abu memaklumkan bekas isterinya, Ain Afini Latiff, selamat melahirkan bayi mereka di Hospital Shah Alam pada jam 12.55 tengah hari.
"Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak di saat awak dalam kandungan.
"Jaga hati ummi elok-elok sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi," tulisnya.
PU Abu turut meluahkan penghargaan terhadap Ain yang bersusah payah melahirkan zuriat mereka.
"Terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini. Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia," tambahnya.
View this post on Instagram
Alhamdulilla pada tanggal 7/6 jam 12.55 telah lahir anak hebat dan putera sulung ini.Moga jadi anak yang soleh dan berbakti kepada Islam.Ayah mohon maaf sebab telah banyak buat salah pada awak disaat awak dalam kandungan.Jaga hati ummi elok2 sebab banyak pengorbanan ummi sepanjang awak ada dalam perut ummi. . @ainafini_ terima kasih kerana telah melahirkan anak hebat ini.Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia. . Saya mohon doa netizen agar semuanya berjalan dengan baik dan segalanya dipermudahkan. .
A post shared by Pencetus Ummah Abu (@puabu.official) on
Jun 11, 2019 at 1:52am PDT
Difahamkan PU Abu berada di hospital untuk menyambut kelahiran anak sulungnya itu.
"Selepas bayi lahir, tangan saya yang menyambutnya. Saya terharu dapat azan di telinganya," kata PU Abu kepada portal Mstar.
PU Abu sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila didakwa menceraikan Ain dan mengahwini seorang wanita lain, ketika Ain sedang sarat hamil.
Topic Berkaitan
#Ain Afini Latiff
#anak
#anak sulung
#banyak buat salah
#bayi
#bekas isteri
#Instagram
#Lahir
#Pencetus Ummah
#PU Abu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan