Anugerah MeleTOP Era (AME 2015) menobatkan pelakon Ayda Jebat dan pelawak, pengacara, penyampai radio, Johan sebagai Top Top MeleTOP (wanita) dan Top Top MeleTOP (lelaki) bagi tahun 2015.

Johan yang juga merupakan salah seorang pengacara AME 2015 turut membawa pulang dua anugerah lain iaitu Artis Lawak MeleTOP dan Penyampai Radio MeleTOP.

Begitu juga Ayda yang sebelum itu memenangi anugerah Artis Baharu MeleTOP 2015.

AME 2015 yang bersiaran langsung pada malam Ahad dari Stadium Putra Bukit Jalil turut menyaksikan kejayaan kumpulan Akim & The Majistret menerusi dua kategori iaitu Duo/Group MeleTOP dan Lagu MeleTOP Era (Mewangi).

Selain Johan, AME 2015 menampilkan pengacara lain iaitu Zizan Razak, Neelofa, AC Mizal dan Nabil Ahmad.

Bertemakan “Yang Hit, Yang Legend”, AME 2015 disiarkan di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.


Akim The Majistret
Akim & The Majistret ketika mempersembahkan lagu hit mereka 'Mewangi' di AME 2015 - Foto Astro Gempak

Anugerah MeleTOP Era memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang telah diperkenalkan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME 2015:

ARTIS BAHARU MELETOP

ARTIS LAWAK MELETOP

BINTANG FILEM MELETOP

JOhan
Johan turut menang kategori Artis Lawak MeleTOP dan Penyampai Radio MeleTOP - Foto Astro Gempak

COUPLE MELETOP

DRAMA TV MELETOP

Ayda Jebat
Ayda ketika menerima anugerah Top Top MeleTOP Era (wanita) - Foto Astro Gempak

FILEM MELETOP

GRUP/DUO MELETOP

HOS TV MELETOP

AC MIzal
AC Mizal menang Anugerah Hos TV MeleTOP 2015 - Foto Astro Gempak

LAGU MELETOP ERA

PELAKON TV MELETOP

PENYAMPAI RADIO MELETOP

PENYANYI MELETOP

siti Nurhaliza
Siti Nurhaliza menang Anugerah Bintang Online MeleTOP dan Penyanyi MeleTOP - Astro Gempak

PROGRAM RADIO MELETOP

PROGRAM TV MELETOP

BINTANG ONLINE MELETOP