Azza Elite kini sudah bertudung

Azza Elite kini sudah bertudung
KUALA LUMPUR: Azza akhirnya membuat keputusan untuk berhijrah, sesudah sekian lama menyimpan hasrat untuk bertudung.

Bekas anggota kumpulan Elite ini masih dalam proses menyesuaikan diri dengan imej sebagai wanita muslimah.
Azza mula berhijab sejak Januari lepas, perubahan Azza disambut baik suami dan ahli keluarganya.

Berbeza dengan kebanyakan selebriti lain yang berhijrah, Azza tiada perancangan untuk berdakwah secara terbuka kerana menganggap masih banyak yang perlu dipelajari olehnya.

Menyentuh mengenai karier lakonan, Azza tetap akan aktif berlakon namun hanya akan menerima watak yang bersesuaian.

Azza baru sahaja selesai penggambaran drama "Kiah Spy" bersama Rozita Che Wan untuk tayangan di Astro Warna.