Tutup

Backstreet Boys umum konsert jelajah Asia, Malaysia 'tercicir' dari senarai

Backstreet Boys umum konsert jelajah Asia, Malaysia 'tercicir' dari senarai
Kuala Lumpur tiada dalam senarai konsert jelajah Asia BSB yang akan berlangsung Oktober depan. - Instagram
JIKA minggu lalu peminat kumpulan Westlife teruja dengan berita konsert jelajah mereka di Asia, hari ini giliran peminat Backstreet Boys (BSB) pula.

Boyband legenda itu mengumumkan tarikh konsert jelajah Asia sebagai rangka promosi album terbaharu mereka, DNA, menerusi Instagram, pada Selasa.
Bagaimanapun, agak malang bagi peminat di Malaysia apabila Kuala Lumpur tercicir dari senarai sembilan lokasi yang akan disinggahi BSB, Oktober ini.

BSB sebaliknya memilih untuk mengadakan konsert di beberapa lokasi di negara jiran, iaitu Bangkok, Thailand ( 24 Okt), Jakarta, Indonesia (26 Okt) dan Singapura (30 Okt).
Lokasi lain yang akan disinggahi mereka ialah Tokyo dan Osaka (Jepun), Manila (Filipina), Taipei (Taiwan) dan Macau (China).

BSB sebelum ini pernah beberapa kali turun mengadakan konsert di Malaysia, dengan kali terakhir ialah pada 2015.