APA sahaja yang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri pasti jadi perhatian.

Selepas melepaskan kemarahannya terhadap pengkritik filem Badang menerusi Instagram dia tidak serik berkongsi satu lagi video kontroversi.

Kali ini video bersama anak lelakinya Ibrahim atau manja dipanggil, Baem. Apa yang mencetuskan rasa geram netizen apabila Aliff menggunakan bahasa kurang sopan terhadap anaknya itu.

BACA: "Macam saya ni kayu, hina sangat" - Aliff Syukri

Dalam video berdurasi 55 saat itu, Alif sedang mendukung Baem di sebuah kompleks beli belah. Dia bertanya kepada anaknya mengapa dia sayangkan dirinya.

“Sebab ayah banyak duit,” jawab Baem sambil tersenyum.

Bagaimanapun jawapan Baem itu mengundang kemarahan Aliff.

“Habis kalau abah tak ada duit, Bem tak sayang abah lah?

“Ee jahatnya kau. Kau sayang aku pasal banyak duitlah ye.

“Kalau aku miskin kau tak sayang aku lah ye?

“Dah lah kau, pergilah. Berambus lah macam tu,” kata Alif melepas geram.