'Baik aku buat filem lucah lepas ini' - Pengarah filem One Two Jaga

'Baik aku buat filem lucah lepas ini' - Pengarah filem One Two Jaga
Pengarah Namron meluahkan rasa kecewanya apabila melihat kedudukan carta filem One Two Jaga kurang mendapat sambutan hangat.
KUALA LUMPUR: 'Baik ai buat filem lucah lepas ni ’, itu reaksi pengarah One Two Jaga, Namron yang kecewa dengan sambutan filem itu di pawagam.

Menerusi laman Twitter, Namron meluahkan rasa kecewanya apabila melihat kedudukan carta filem One Two Jaga yang kurang mendapat sambutan hangat.

Menurut beliau, ramai netizen sebelum ini melontarkan kata manis untuk menonton dan menyokong filem terbarunya itu, tetapi sambutan itu tidak dapat dilihat selepas filem itu ditayang di pawagam.

Keliru dan kecewa dengan tindakan penonton, Namron menyoal cita rasa masyarakat terhadap industri perfileman.

“Jika saya sanggup buat filem ringan, bukan filem berat semata-mata kongsi mahu cerita tetapi orang ramai masih tidak mahu ke pawagam. Saya tidak pasti apa yang penonton mahu? Mungkin filem lucah yang diharapkan dari saya,” tweet Namron malam tadi.




Susulan tweet itu, ramai netizen yang tampil untuk menunjukkan sokongan mereka dengan memuat naik gambar tiket filem di media sosial. 

Rata-rata netizen melahirkan ulasan yang positif dan berpendapat One Two Jaya akan menjadi antara filem tempatan yang terbaik. 


Mengisahkan realiti hidup

Filem Melayu terbaik tahun ini!


Barisan pelakon yang baik

Dibintangi oleh Zahiril Adzim, Amerul Affendi, Rosdeen Suboh, Kin Wah Chew, Iedil Putra, Timothy Castillo dan pelakon Indonesia, Ario Bayu serta Asmara Abigail, filem One Two Jaga mendedahkan sisi gelap dunia kepolisan dalam gejala rasuah bukan bertujuan menjatuhkan imej badan beruniform itu.