Tutup

"Bakal bermula perjalanan memenuhi impian .." - Faizal Ismail ke United Kingdom

"Bakal bermula perjalanan memenuhi impian .." - Faizal Ismail ke United Kingdom
Menurut Faizal dia berangkat terlebih dahulu memandangkan anak sulungnya bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
PENGACARA Faizal Ismail telah berangkat ke United Kingdom (UK) bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Budaya dan Industri Kreatif di Cardiff University.

Menurut Faizal dia berangkat terlebih dahulu memandangkan anak sulungnya bakal menduduki Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

"Bakal bermula perjalanan memenuhi impian yang dah lama saya pendam..

"Namun niat itu menjadi lebih fokus sejak tiga tahun lalu bila Allah temukan saya dengan insan-insan yang membantu mendorong saya untuk merealisasikan impian ini.
"Alhamdulillah Dia permudahkan urusan satu persatu tanpa dijangka..Nanti kita share lagi okey.

"Terima kasih kepada yang mendoakan, yang memberikan kata-kata yang baik buat saya sekeluarga.
"Saya berangkat dahulu sebab anak sulung saya kena ambik SPM..

"Habis SPM nanti dorang join insyaAllah. Nantikan update saya di sosial media saya dan @dbilique..So Cardiff University here I come," tulisnya sebagai kapsyen.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Bakal bermula perjalanan memenuhi impian yang dah lama saya pendam.. namun niat itu menjadi lebih fokus sejak TIGA tahun lalu bila ALLAH temukan saya dengan insan2 yang membantu mendorong saya untuk merealisasikan impian ini.. . Alhamdulillah DIA permudahkan urusan satu persatu tanpa dijangka.. nanti kita share2 lagi okay! . Terima kasih kepada yang mendoakan, yang memberikan kata2 yang baik buat saya sekeluarga. . Saya berangkat dahulu sebab anak sulung saya kena ambik SPM .. abis SPM nanti diorg join InshaAllah... nantikan update2 saya di Social media saya dan @dbilique .. . So... CARDIFF UNIVERSITY...HERE I COME! . . #FBIinUK #roadtomaster #culturalandcreativeindustries

A post shared by Faizal Ismail (@faizalfbi76) on


Terdahulu, Faizal terpaksa menangguhkan perancangannya disebabkan urusan peribadi dan bisnes.


Tag: Instagram, United Kingdom, peperiksaan, Malaysia, Faizal Ismail, pengacara, Cardiff University, Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM, lanjut pelajaran, peringkat sarjana



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.