Tutup

Bangunan dan menara di Riyadh bertukar ungu sambut BTS

Bangunan dan menara di Riyadh bertukar ungu sambut BTS
Kedatangan BTS yang dianggotai oleh tujuh anak mudah berbakat iaitu Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook itu disambut meriah oleh negara tersebut.
KUMPULAN K-Pop terkenal dunia, BTS telah selamat tiba di Arab Saudi petang tadi.
 
Kedatangan BTS yang dianggotai oleh tujuh anak mudah berbakat iaitu Jin, RM, SUGA, J-HOPE, Jimin, V dan Jungkook itu disambut meriah oleh negara tersebut.
 
Istimewanya lagi, lampu bangunan dan menara Kingdom Centre di ibu negeri Arab Saudi itu telah bertukar kepada warna ungu sebagai tanda menyambut kehadiran BTS.


Perkara itu juga turut mendapat perhatian Army Saudi (peminat) yang kagum dan terharu dengan kejadian itu.
Menerusi tinjauan di media sosial, rata-rata mereka meluahkan rasa berterima kasih kerana menyambut kehadiran idola kesayangan mereka dengan berbesar hati.

Terdahulu, warna ungu boleh diibaratkan sebagai warna rasmi BTS selepas V menggunakan ayat ‘I purple you’ sebagai tanda sayang kepada Army yang membawa maksud ‘I love you’.


BTS hadir ke negara berkenaan untuk mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ yang dijadualkan berlangsung di Stadium King Fahd pada 11 Oktober ini.
 
Selepas Riyadh, BTS akan meneruskan siri jelajah yang terakhir untuk tema ‘LOVE YOURSELF: SPEAK YOURSELF’ di Korea pada 26, 27 dan 28 Oktober depan.


Tag: Arab Saudi, Riyadh, BTS, K-pop, Riyard ungu



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.