Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Baru 4 jam dilancar, 'How You Like That' daripada Blackpink raih 20 juta tontonan

Baru 4 jam dilancar, 'How You Like That' daripada Blackpink raih 20 juta tontonan
Meskipun baru saja dilancarkan, namun 'comeback' terbaru daripada kumpulan yang dibarisi oleh Jisoo, Jennie, Ros, and Lisa telah berjaya memperoleh 11 juta tontonan dilaman YouTube.
RINDU Blinks terhadap kumpulan K-pop sensasi, Blackpink, akhirnya terubat.

Mana tidaknya, hampir setahun Blinks harus menunggu lagu baharu dari kumpulan tersebut selepas melancarkan lagu Kill This Love pada 4 April 2019.

Terbaharu, Blackpink baru sahaja melancarkan lagu baharu mereka berjudul How You Like That.

Meskipun baru saja dilancarkan, "comeback" daripada kumpulan yang dibarisi oleh Jisoo, Jennie, Rosé, and Lisa itu telah berjaya memperoleh 20 juta tontonan di laman YouTube.
Blackpink telah berjaya mencipta rekod apabila mencatat jumlah tontonan sebanyak 1.65 juta semasa tayangan perdana.

Ini sekali gus membuatkan Blackpink berjaya mencipta rekod baharu dan memintas jumlah tontonan tayangan perdana kumpulan BTS yang mendapat tontonan sebanyak 1.54 juta menerusi lagu ON.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#BLACKPINK #블랙핑크 #HowYouLikeThat #PreReleaseSingle #MV #20200626_6pm #OutNow #YG

A post shared by BLΛƆKPIИK (@blackpinkofficial) on


Blckpink juga akan membuat persembahan lagu baharu secara langsung buat pertama kali di The Tonight Show Starring Jimmy Fallon pada 26 Jun.

Sebelum How You Like That, Blackpink juga berkolaborasi bersama dengan penyanyi Lady Gaga menerusi lagu Sourcandy yang kini sudah mendapat 64 juta pendengar dilaman youtube.

BACA : Bukan lagi mimpi, Blackpink sah berduet dengan Lady Gaga

BACA : Blinks! Siap sedia... Blackpink bakal buat 'comeback'

Adakah comeback terbaharu Blackpink ini bakal mencipta satu fenomena baharu? Sama-sama kita nantikan.





Tag: BLACKPINK, BTS, How You Like That, Lady Gaga, YouTube, Sourcandy, Comeback



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.