awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru dua minggu ditayangkan, 'Abang Long Fadil 2' raih kutipan RM13 juta

Idzham Mispan
Idzham Mispan
06/09/2017
06:04 MYT
Baru dua minggu ditayangkan, 'Abang Long Fadil 2' raih kutipan RM13 juta
Aksi Zizan Razak (gambar) dalam "Abang Long Fadil 2" yang mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu. -YouTube
Baru dua minggu tayangan, filem "Abang Long Fadil 2" berjaya meraih kutipan sebanyak RM13 juta.
Pengarahnya Syafiq Yusof meningkatkan rasa syukur kerana berjaya menambat minat masyarakat dan penggemar filem tempatan untuk menyokong industri tempatan.
"Alhamdulillah, minggu lepas lima hari RM5 juta. Kita dah sampai hari yang ke-13 dan alhamdulillah kita kutip RM13 juta," kata Syafiq ketika muncul dalam program Agenda AWANI pada Rabu bersama ayahnya dan juga penerbit filem Datuk Yusof Haslam.
Sementara itu, Yusof berkata filem "Abang Long Fadil 2" merupakan hasil kerjasama pertama di antara Skop Production dengan Astro Shaw dengan meletakkan kos hampir 4 juta.
Beliau pada mulanya hanya mensasarkan filem ini mendapat sambutan dan tidak mengalami kerugian, namun tidak menyangka ia mengutip sebanyak RM5 juta dalam tempoh hanya lima hari.
"Ini merupakan pembakar semangat kepada pembikin filem yang lain sebab kita tahu banyak filem tempatan yang merudum sekarang," kata Yusof.
Beliau menambah formula menghasilkan filem yang baik bukan melalui pemilihan pelakon popular semata-mata, tetapi juga aspek lain seperti isi dan jalan cerita yang mampu menarik minat penonton.
"Abang Long Fadil 2" merupakan filem bergenre aksi komedi dibintangi selebriti ternama, antaranya Zizan Razak, AC Mizal, Wak Doyok, dan Syamsul Yusof.
Filem ini mula ditayangkan pada 24 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#Abang Long Fadil 2
#Astro Shaw
#filem tempatan
#Skop Production
#Syamsul Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan