HIBURAN
Bayangkan jika 1MDB jadi filem? Carian #1MDBMovies jawapannya

Para pengguna Twitter menggunakan hashtag #1MDBMovies sebagai satu platform penjanaan idea tajuk filem mengenai isu tersebut.
Pernahkah anda terbayang sekiranya skandal yang melibatkan syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi sebuah filem?
Laman Twitter dilihat menjadi platform popular buat rakyat Malaysia berkongsi idea tajuk filem mengenai isu syarikat milik kerajaan itu.
Para pengguna Twitter menggunakan hashtag #1MDBMovies sebagai satu bentuk gurauan.
Netizen dilihat menggunakan tajuk filem-filem popular lalu mengaitkannya dengan individu-individu yang terlibat dalam skandal 1MDB.
Siri ajukan media sosial itu menjadi topik trending popular di Malaysia sejak malam tadi.
Berikut merupakan antara cadangan para netizen mengenai tajuk filem yang sesuai sekiranya skandal 1MDB dijadikan filem.
Hashtag tersebut dimulakan oleh pengguna Twitter @amirhimself bagi menjawab tweet yang dilontarkan oleh @mamuvies.
Sehingga artikel ditulis, sebanyak 19.4 ribu tweet memperkatakan mengenai topik ini.
Sejak November tahun lalu, skandal yang melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi topik hangat di Malaysia. Bukan sahaja giat dilaporkan media-media utama, malah ia hangat diperkatakan di media sosial.
Minggu lalu, Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa dana berjumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) pula disalurkan ke akaun milik perdana menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Bermula dengan hala tuju dana sebanyak RM42 billion kepada penjualan tanah TRX Razak Exhange kepada Tabung Haji, isu-isu berkaitan 1MDB dilihat tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami