GADIS kelahiran Ipoh, Perak, Sanjna Suri, 26, bakal mewakili Malaysia untuk pertandingan ratu cantik Miss Supranational 2018 di Warsaw, Poland pada Disember nanti.

Memasuki edisi keempat penganjuran anugerah berprestij itu, Sanjna merupakan wakil pertama Malaysia untuk bertanding dengan calon negara-negara lain.

Sanjna merupakan graduan cemerlang ijazah sarjana muda farmasi dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS).

"Saya rasa sangat teruja dan menjadi impian setiap gadis untuk menjadi wakil Malaysia ke pentas dunia dan kini impian itu menjadi nyata.

"Orang tidak kenal siapa saya tetapi orang luar mengenali Malaysia, jadi semangat itu yang akan saya bawa untuk bertanding di Poland nanti," katanya kepada Gempak.

Sanjna ditemui pada majlis pemahkotaan Miss Supranational Malaysia 2018 di Suka Sucre Bistro, Kuala Lumpur hari ini.

Majlis itu diserikan dengan kemunculan Miss Supranational 2017 dari Korea, Jenny Kim yang anggun menyarung persalinan rekaan Anuar Faizal.


Sanjna bakal memperagakan busana rekaan Anuar Faizal dan barangan kemas Amme Philips bernilai RM1.5 juta.

Miss Supranational telah menyaksikan wakil dari Filipina, Mutya Datul dinobatkan sebagai juara pertama pada tahun 2013.

Manakala, Asha Bhat (India), Stephania Stegman (Paraguay), Srinidhi Shetty (India) dan Jenny Kim (Korea) pernah dinobatkan juara pada edisi berikutnya.

Apa kata anda lihat sendiri pesona wakil Malaysia ke Miss Supranational 2018, Sanjna Suri.

Whats for lunch? Jangan lupa to always consume healthy food uolls! Makanan adalah sumber tenaga untuk badan! So, makanlah secara berkhasiat