awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas bintang 'Ugly Betty' kritik Donald Trump dalam surat terbuka

Syafique Shuib
Syafique Shuib
03/07/2015
06:57 MYT
Bekas bintang 'Ugly Betty' kritik Donald Trump dalam surat terbuka
Bekas bintang 'Ugly Betty' yakin Donald Trump tidak akan menang pilihan raya Amerika Syarikat tanpa sokongan pengundi kaum Latin. -Gambar fail
KONTROVERSI yang melanda usahawan terkenal dan bakal calon presiden Amerika Syarikat Donald Trump kini ditambah hangat dengan surat terbuka yang ditulis oleh bekas bintang Ugly Betty, America Ferrera.
Ferrera – yang berketurunan Honduras dan dilahirkan di Los Angeles – menulis surat terbuka bertajuk “Terima Kasih, Donald Trump!”
“Saya tidak mahu hukum anda. Saya akan biarkan rakan kongsi perniagaan anda seperti Univision dan NBC yang mempunyai kuasa untuk menghukum anda. Saya ingin menulis untuk mengucapkan terima kasih,” tulis Ferrera dalam surat berkenaan yang diterbitkan di laman web The Huffington Post.
Ferrera mengucapkan terima kasih kerana kenyataan Trump yang dianggap menghina golongan pendatang Mexico bakal membangkitkan kaum Latin untuk ke pusat pengundian menjelang pilihan raya AS pada 2016.
BACA: Kutuk pendatang, Trump kehilangan ruang siaran Miss Universe di Mexico
“Kenyataan yang dibuat oleh anda akan menggalakkan lebih banyak kaum Latin untuk ke pusat pengundian dan menolak calon-calon seperti anda atau yang lain yang menggunakan retorik kebencian.
Ferrera turut menjelaskan bahawa kaum Latin merupakan kaum yang paling besar, muda dan kian berkembang di AS.
“Anda menjadi calon Presiden di mana jumlah penduduk kaum Latin meningkat sebanyak 49 peratus dari 2000 hingga 2012, dan di mana kaum lain hanya meningkat sebanyak 5.8 peratus.
“Kami adalah masa hadapan. Umur median kaum Latin adalah 27 tahun manakala umur median kaum kulit putih di AS adalah 42 tahun,” katanya.
Beliau turut berkata Trump tidak akan menang pilihan raya AS tanpa sokongan kaum Latin.
“Trump, anda hidup di dalam fantasi Amerika Syarikat yang sudah ketinggalan zaman,” katanya.
Minggu lepas, rangkaian television utama Mexico memutuskan untuk menghentikan penyiaran pertandingan ratu cantik 'Miss Universe' selepas kenyataan yang dibuat oleh Trump.
Saluran NBC, penyiar Miss USA dan Miss Universe di AS turut membuat keputusan yang sama.
Pada 1 Julai, Macy’s bertindak untuk tidak menjual produk berjenama ‘Donald Trump’ di kedai-kedai miliknya.
Topic Berkaitan
#America Ferrera
#Donald Trump
#Mexico
#Miss Universe
#Miss USA 2015
#The Apprentice
#Ugly Betty
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan