PENYANYI rock lagenda, Amy Search, 60 tahun, bersyukur kerana kini hubungannya dengan anaknya, Nabila Huda kembali pulih.

Menurut Amy, dia tidak menyangka isterinya Nourish dan pengarah Erma Fatima telah merancang satu kejutan untuk mempertemukan mereka pada Khamis lalu.

Perancangan itu berjalan dengan baik dan ia merupakan hari terindah buat Amy.

Tambah bahagia lagi, Amy memberitahu hubungan Nabila dan isterinya turut pulih dan mereka dapat bersama-sama menyanbut hari kelahiran Nourish.

“Malam Sabtu kelmarin aku dan Abil bersama anak cucu had a surprise birthday untuk wife aku. Happy sangat dan terlalu indah moment ini. Taman hati aku dipenuhi bunga-bunga yang cntik lagi wangi.

“Ini semua Allah yang hadiahkan sebab Allah sangat suka pada orang yang sabar. Segala dugaannya aku terima dengan berbesar hati. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang tak terbayangkan ini.

”Sebelum ni di malam Jumaat isteri aku Nourish dan Erma Fatima merancang sesuatu untuk aku dan Abil. Masa tu anak-anak aku semua keluar tengok wayang. Aku pun hairan anak-anak tengok wayang tinggalkn aku, rupa nya ade sesuatu yang terindah akan berlaku.

“Tiba-tiba bunyi loceng, aku kat berandar tengah ngobrol dan nampak macam kelibat cucu. Rupanya hari indah yang aku bisikan pada Allah tiba akhirnya. Berderai airmata org tua nih. Aku peluk dia kuat-kuat.

“Terima kasih Nourish dan Erma Fatima untuk semua ini. Aku akan ingat smpai ke jannah nanti,” tulisnya.

Amy berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu dia mekuat naik video ketika kejutan hari jadi yang dilakukan untuk Nourish bersama Nabila.

Amy bagaimanapun meminta agar semua mendoakan kebahagiaan keluarganya.

“Satu lagi untuk peminat dan semua kerabat-kerabat yang doakan yang indah-indah buat famili aku. Moga Allah kurniakn korang yang terbaik malah lebih baik dari aku.

“Ya Allah aku bersyukur atas semua ini. Aku sangat memahami dan sedang menikmati akan keindahan yang terindah di balik kesabaran itu. Alhamdulillah,” katanya lagi.

Mlm Sabtu kelmarin aku dn abil bersama anak cucu had a surprise birthday utk wife aku. Happy sngt dn terlalu indah moment ini. Taman hati aku di penuhi bunga2 yg cntik lgi wangi. Ini semua Allah yg hadiahkn sebab Allah sngt suka pda org2 yg sabar. Segala dugaan nya aku terima dgn berbesar hati. Syukur Alhamdulillah ats segala nikmat yg tk terbayangkan ini. Sblom ni di mlm Jumaat isteri aku Nourish dn Erma Fatima merancang sesuatu utk aku dn Abil. Masa tu anak2 aku semua keluar tengok wayang. Aku pn hairan anak2 semua tengok wayang tinggalkn aku