'Beruntunglah badan ...' Elizabeth Tan

'Beruntunglah badan ...' Elizabeth Tan
Lizzy: Lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini sementara muzik videonya diarahkan sepenuhnya oleh Lizzy sendiri. - Foto Astro GEMPAK
PENYANYI Elizabeth Tan atau dikenali sebagai Lizzy, telah melancarkan single terbaru yang berjudul Police Entry, baru-baru ini.

Menurut Lizzy, lagu tersebut berkisarkan mengenai seorang penipu dan mendapat inspirasi dari Polis Sentri, sebuah lagu kanak-kanak yang sering dinyanyikan dalam permainan kejar mengejar.

"Sudah setahun saya tidak tampil dengan lagu baru, jadi saya rasa lagu Police Entry ini amat sesuai untuk saya," katanya.
Lizzy ditemui di majlis pelancaran single Police Entry di Saro Lounge, Pavilion Elite pada Jumaat.

Lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini sementara muzik videonya diarahkan sepenuhnya oleh Lizzy sendiri.

"Saya sangat beruntung dapat bekerjasama dengan Hael dan Ezra kerana gabungan idea mereka berdua sangat kreatif.

"Rentak lagu ini agak 'catchy' dan liriknya menarik, saya berharap ia akan mendapat perhatian daripada pendengar," tambahnya lagi.

Teks : Asraf Aided