Tutup

Beto Kushairi menang Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 2017 Singapura

Beto Kushairi menang Pelakon Lelaki Terbaik Pesta Perdana 2017 Singapura
Beto Kusyairy diumumkan pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam drama bersiri Kisah Tok Kadi. - Foto Beto Kusyairy
KUALA LUMPUR: Beto Kusyairy diumumkan pemenang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonannya dalam drama bersiri ‘Kisah Tok Kadi’ di Pesta Perdana 2017  yang diadakan di Singapura pada malam tadi.

Anugerah kali ke 14 itu itu menyenaraikan hampir 23 anugerah keseluruhan dengan 18 calon tersenarai sebagai calon kali pertama.
Selain Beto, turut tercalon adalah pelakon Nasir Bilal Khan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama/Antologi dan Hamidah Wahab dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Drama komedi Kisah Tok Kadi turut memenangi empat anugerah termasuk Program Paling Popular.
Drama Bersiri Terbaik dimenangi Aduh Bibikku dan Drama Khas Terbaik dimenangi  telemovie Anak Bulan.

Anugerah tahunan Pesta Perdana 2017 adalah anjuran saluran Suria milik Mediacorp TV Singapura yang memberikan penghargaan kepada rancangan terbitan saluran televisyen berbahasa Melayu di republik itu.