Big Bang melancarkan single terbaharu mereka iaitu "Flower Road".

Seperti yang diumumkan sebelum ini oleh YG Entertainment, Big Bang mengejutkan peminat dengan hadiah istimewa pada 13 Mac, yang turut merupakan hari Daesung menyertai khidmat tentera.

"Flower Road" ialah lagu bertempo sederhana dengan lirik ditulis oleh T.O.P dan G-Dragon.

Melalui melodi yang pilu, kelima-lima anggota menyampaikan mesej bahawa ini bukanlah pengakhir dan mereka akan kembali apabila bunga mekar.

Empat anggota Big Bang – T.O.P, G-Dragon, Daesung, dan Taeyang – kini berada menyertai perkhidmatan wajib tentera.

Maknae (anggota termuda) Seungri juga merancang untuk menyertai khidmat tentera tahun ini selepas promosi solo beliau.

Dengar mesej Big Bang dalam "Flower Road" sementara menunggu untuk melihat kelima-lima anggota Big Bang kembali beraksi lagi.