Tutup

Big Stage 2019: Tiada lagi kelibat Santesh minggu depan

Big Stage 2019: Tiada lagi kelibat Santesh minggu depan
Santesh menerima 70.50 peratus undi diikuti Fieya Julia 69.83 dan Dinda Permata dengan 72.50 peratus.
KUALA LUMPUR: Keputusan konsert keenam Big Stage 2019 mengejutkan ramai pihak apabila Santesh tersingkir.

Ia selepas peserta yang sering menerima pujian itu pada konsert lalu berada di tahap tiga terendah selepas pengiraan undi juri dan penonton.

Santesh menerima 70.50 peratus undi diikuti Fieya Julia 69.83 dan Dinda Permata dengan 72.50 peratus.

Dalam episod penyingkiran itu, Dinda Permata menerima imuniti daripada juri jemputan dari Indonesia Judika.
"Terima kasih sebab 'support' sampai sekarang, okaylah sampai di sini sahaja. Dan tunggu single baru saya yang akan 'release'. Cukuplah." kata Santesh.

Pada minggu keenam itu, Santesh menyampaikan lagu 'Jikalau Kau Cinta' penyanyi Indonesia Judika serta berduet bersama Dinda Permata menyampaikan Lagu Untukmu.
Dengan tersingkirnya Santesh, kini hanya tujuh peserta antaranya bakal berentap pada konsert ketujuh minggu hadapan dengan temanya Cover Road to Final.




Tag: Indonesia, Big Stage 2019, Santesh, Tersingkir, Minggu keenam, Undian, BBNU, Konsert, Judika, Dinda Permata, Fieya Julia, Terendah



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.