awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Big Stage: Aziz Harun tarik diri, Dinda Permata terselamat

Fareez Azman
Fareez Azman
01/09/2019
15:45 MYT
Big Stage: Aziz Harun tarik diri, Dinda Permata terselamat
Aziz menjelaskan, keputusannya untuk menarik diri kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. - YouTube/ Astro Gempak
Konsert Big Stage minggu ketiga menyaksikan kejutan apabila peserta dari Brunei, Aziz Harun menarik diri secara rasmi.
Pengumuman penarikan diri itu dibuat oleh Aziz selepas mengadakan perbincangan bersama pihak produksi.
Jelas Aziz, keputusan dibuat kerana ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
"Selepas berbincang dengan produksi, Aziz akan tarik diri daripada Big Stage. Aziz dapat tawaran belajar di luar negara, dan ramai tahu benda ini penting bagi Aziz. Lama saya tunggu benda ini, terima kasih semua kerana masih menyokong Aziz," katanya pada akhir konsert malam tadi.
Terdahulu, peserta 'budak baru nak up' (BBNU) dari Indonesia, Dinda Permata pada awalnya tersingkir selepas undian juri dan undian atas talian dikira.
Bagaimanapun, mengambil maklum akan kekosongan yang ditinggalkan oleh Aziz, produksi bersetuju agar Dinda Permata kini terselamat.
Dinda Permata dalam persembahan lagu Terlalu Memuji menyaksikan kritikan membina oleh Juri Tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Bertemakan Glocal Hits, minggu ketiga pentas Big Stage menyaksikan setiap peserta memberi persembahan mantap.
Bagaimanapun, minggu hadapan pasti lebih mencabar apabila tema "Duominasi" dimana setiap peserta bakal berduet bersama penyanyi tempatan.
Antaranya Aizat Amdan, Marsha Milan, Shiha Zakir, Sufian Suhaimi dan Haqiem Rusli.
Topic Berkaitan
#Aziz Harun
#BBNU
#Big Stage
#Brunei
#Indonesia
#konsert
#Malaysia
#Minggu Ketiga
#penyanyi
#peserta
#Singapura
#Siti Nurhaliza
#tarik diri
#Tersingkir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan