Bila Mat Luthfi jumpa 'kembaq'

Bila Mat Luthfi jumpa 'kembaq'
Saksikan perkenalan ringkas Mat Luthfi dengan "kembar"nya, Mat Mizan yang mencuit hati pengunjung yang hadir ke majlis tersebut.
KUALA LUMPUR: Personaliti video popular Mat Luthfi melancarkan buku terbaharunya, Momen Bersama Mat Luthfi di sebuah kedai buku di Kuala Lumpur pada Ahad.

Di majlis tersebut, satu acara ramah mesra turut diadakan.

Salah seorang pengunjung yang hadir ke majlis itu memiliki wajah yang iras Mat Luthfi.
Mat Mizan, lelaki berusia 18 tahun itu turut dijemput ke atas pentas.

"Tadi hang angkat tangan kan? Nak tanya apa? Hang boleh tanya diri hang kot?" kata Mat Luthfi sambil berseloroh.

"Hang tau tak mereka ni excited nak jumpa aku? Macam itu lah excitednya aku nak jumpa hang ni!" tambah Mat Luthfi lagi sekaligus mengundang tawa tetamu yang hadir.

Video berdurasi 4 minit itu dimuat naik oleh Mat Mizan dalam saluran YouTubenya.

Video tersebut telah ditonton lebih 32 ribu tontonan sejak Mat Luthfi berkongsi video itu di laman Facebook beliau.

Saksikan perkenalan ringkas Mat Luthfi dengan "kembar"nya, Mat Mizan yang mencuit hati pengunjung yang hadir ke majlis tersebut.



Anda boleh mendapatkan buku Momen Bersama Mat Luthfi secara online di sini atau pun secara e-book di sini.

 

Aku jumpak kembaq aku weh masa launching semalam. Pecah pala.

Posted by Matluthfi90 on