awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang 'Black Panther' bangga budaya Afrika diraikan dalam filem Marvel

Agensi
Agensi
31/01/2018
02:41 MYT
Bintang 'Black Panther' bangga budaya Afrika diraikan dalam filem Marvel
Aktor yang membawa watak T'Challa, Chadwick Boseman, bergambar untuk media sempena tayangan perdana filem itu di Los Angeles, pada 29 Januari. - Reuters
Para pelakon filem aksi terbaharu, Black Panther, bangga memakai pakaian bergaya berinspirasikan persalinan diraja Afrika sempena tayangan perdana filem dari Walt Disney Co's dan Marvel Entertainment itu pada Isnin.
Ia sekali gus membawa mesej tentang pentingnya mengetengahkan adiwira kulit hitam ke layar perak, lapor Reuters.
Chadwick Boseman, yang membawa watak T'Challa, iaitu wira dan raja negara fiksyen Wakanda, dilihat hadir bersama bintang-bintang lain seperti Lupita Nyong'o, Daniel Kaluuya, Michael B. Jordan, Danai Gurira dan Angela Bassett.
Aktor dan aktres filem 'Black Panther' bergaya dengan fesyen yang membawa inspirasi Afrika sempena tayangan perdana filem tersebut. - Reuters
Aktor dan aktres filem 'Black Panther' bergaya dengan fesyen yang membawa inspirasi Afrika sempena tayangan perdana filem tersebut. - Reuters
“Marvel mempunyai cara untuk membawa pengaruh budaya popular. Apabila budaya popular itu diceritakan dalam acuan Afrika dan komuniti menyedari mereka berasal dari Afrika, itu sangat luar biasa,” ujar Nyong'o, yang membawa watak pahlawan bernama Nakia.
Nyong’o berharap ia dapat mengubah idea pemahaman tentang Afrika.
Aktres pemenang Oscar itu berjalan di karpet ungu dengan menggayakan gaun Veersace dengan rekaan keemasan. Gurira memakai dres merah jambu terang rekaan Viktor & Rolf yang siap beropol dramatik, manakala Bassett memilih jumpsuit kuning keemasan daripada pereka Naeem Khan.
Pelakon lelaki juga tampil berwarna-warni. Boseman tampil segak dengan sut bercorak daripada Emporio Armani, Donald Glover pula dalam sut jingga Dolce & Gabbana, manakala pengarah filem itu, Ryan Coogler, memadankan sut hitam Ikire Jones dengan skaf bercorak inspirasi Afrika.
Black Panther yang mula ditayangkan pada 16 Februari, menerima ulasan positif daripada hadirin termasuk pengarah filem Guardians of the Galaxy, James Gunn, yang memuji hasil hebat filem itu.
Topic Berkaitan
#Black Panther
#Chadwick Boseman
#filem aksi
#Marvel
#tayangan perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan