awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang siri TV 'The Flash' bakal kahwini wanita Kadazan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
29/12/2017
11:54 MYT
Bintang siri TV 'The Flash' bakal kahwini wanita Kadazan
Majlis yang dilaporkan berlangsung itu hanya sebuah upacara istiadat masyarakat Kadazan bagi menghargai nenek moyang keluarga Andrea. - Instagram/@grantgust
PELAKON yang terkenal melalui siri televisyen The Flash, Thomas Grant Gustin, 27, mengesahkan belum lagi mengahwini tunangnya, Andrea Thoma.
Sebelum ini sebuah portal akhbar tempatan berbahasa Inggeris melaporkan, majlis perkahwinan mereka berlangsung pada Rabu di Kampung Kolopis, Penampang, Sabah, yang merupakan tempat asal ibu Andrea.
Sebaliknya, majlis yang dilaporkan berlangsung itu hanya sebuah upacara istiadat masyarakat Kadazan bagi menghargai nenek moyang keluarga Andrea.
Gustin, dalam kemaskini terbaharu di akaun Instagram memaklumkan, dia dan Andrea merancang untuk berkahwin tahun hadapan.
Terdahulu, Gustin memuat naik sekeping gambar bersama Andrea yang berlatar belakangkan bandar Kota Kinabalu, pada 18 Dis lalu.
We made it.
A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on
Dec 17, 2017 at 11:19pm PST
Gustin memberitahu The Star, biarpun ramai yang mengenalinya, namun dia menghargai sikap masyarakat di negara ini yang memberikan ruang untuk dia dan keluarga ketika majlis berlangsung.
"Ramai yang kenal kami tapi mereka sangat berbudi bahasa. Mereka akan minta untuk mengambil gambar dengan baik dan tidak menyerbu atau mengambil gambar secara curi-curi," kata Gustin.
Gustin turut memberitahu perancangannya untuk membeli hartanah di negara ini suatu hari nanti.
Gustin dan Andrea, seorang pakar terapi berdarah keturunan Kadazan, namun dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat, berkenalan pada awal tahun 2016, sebelum bertunang April lalu.
Happy Holidays from Malaysia! I’ve been mostly off social media because the Majalap family is non-stop and we’ve been running around and partying and eating and drinking since we got here. I did want to clear something up before the internet ran with it. It was incorrectly reported, without our permission that LA and I had a private wedding while we were here, but that’s not quite the truth. While we did have a beautiful, symbolic Kadazan ceremony to honor LA’s ancestors, we still won’t tie the knot until next year. (Also I’m still 27 for another few weeks.. the article got a couple things wrong) We’ve had a great time while we were in Sabah. LA’s GIGANTIC family is awesome. We got to hang out with Masidi Manjun, the Minister of Tourism, and had an incredible stay at Gaya Island Resort our first few days. Many pictures to come once we’re back in North America.
A post shared by Grant Gustin (@grantgust) on
Dec 29, 2017 at 2:05am PST
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Andrea Thoma
#Grant Gustin
#Kota Kinabalu
#Penampang
#perkahwinan
#The Flash
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan