awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman

Afiq Ariffin
Afiq Ariffin
17/05/2019
03:06 MYT
Bintang Twilight, Robert Pattinson bakal pegang watak Batman
Pattinson bakal melakonkan watak Batman, lapor portal Variety. -Foto Instagram/Robert Pattinson
PELAKON filem yang popular dengan filem sekuel Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan bakal memegang watak Batman.
Menurut portal hiburan Variety, Pattinson bakal melakonkan watak berkenaan dalam satu filem gubahan semula (reboot) Batman yang diarahkan oleh Matt Reeves.
Portal itu juga mendedahkan bahawa Robert Pattinson telah menandatangani perjanjian untuk melakonkan watak itu dan menggantikan Ben Affleck yang juga telah menarik diri disebabkan isu peribadi serta di belakang tabir yang melibatkan syarikat DC Comics.
Pengarah Matt Reeves telah menulis skrip filem berkenaan yang memfokuskan kepada kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.
Bagaimanapun, tarikh mula penggambaran itu masih belum dinyatakan.
Pattinson juga dikatakan bakal memulakan penggambaran filem terbitan Warner Bros yang diarahkan oleh Christopher Nolan dan akan bergandingan dengan pelakon John David Washington yang dijangka ditayangkan pada 17 Julai 2020.
Selain itu, Pattinson juga mempunyai empat filem yang bakal ditayangkan pada tahun ini antaranya High Life, The Lighthouse, The King dan Waiting for the Barbarians.
Batman dijadual diterbitkan pada 25 Jun 2021.
Topic Berkaitan
#batman
#Ben Affleck
#filem
#hiburan
#Matt Reeves
#robert pattinson
#Twilight
#Variety
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan