PEMINAT Blackpink mengecam hebat seorang pemilik sebuah kafe di Thailand selepas dikatakan cuba menjual barangan yang digunakan salah seorang ahli kumpulan Blackpink.

Situasi itu berlaku selepas ahli kumpulan itu, Lisa, dikatakan telah datang ke kafe berkenaan untuk satu sesi fotografi beberapa hari lalu.

Melalui beberapa gambar yang dimuat naik di Facebook, pemilik kafe tersebut mendedahkan bahawa dia menerima tawaran lebih 100,00 Bath atau RM13,600 hanya untuk menjual sofa yang digunakan Lisa.

Malah, dia turut meminta orang ramai untuk membida tawaran tertinggi bagi memiliki barangan daripada kafenya.

Lebih menjijikkan, beberapa netizen turut meninggalkan komen berbaur lucah apabila menawarkan untuk membeli pelapik tandas yang digunakan penyanyi itu.

A post shared by LISA (@lalalalisa_m) on


Ada yang tanpa segan silu menjelaskan mahu membeli sebuah meja hanya untuk menghidu bau penyanyi yang popular dengan lagu 'Kill This Love' itu.

Bagaimanapun, pemilik kafe tersebut telah membuat permohonan maaf kepada peminat Blackpinks atau Blinks namun tidak kepada Lisa.

Peminat turut menggesa pihak pengurusan Lisa iaitu YG Entertainment untuk bertegas dan mengambil tindakan terhadap perkara yang memalukan itu.