Tutup

BoBoiBoy Movie 2 sudah raih RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan!

BoBoiBoy Movie 2 sudah raih RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan!
Kutipan ini sekali gus berjaya memecah rekod kutipan filem Boboiboy Movie yang pertama.
FILEM animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus 'memanjat' kutipan box office apabila berjaya meraih sebanyak RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.
 
Berita gembira ini dikongsikan menerusi platform media sosial Astro Shaw sebentar tadi.

"Syukur BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan. 
"Kutipan ini sekali gus berjaya memecah rekod kutipan filem Boboiboy Movie yang pertama. Jutaan terima kasih kepada semua yang datang menonton di pawagam kerana memberi sokongan terhadap filem animasi tempatan. 

"Temui kami dan maskot #BBBM2 di lokasi-lokasi terpilih. Dapatkan tiket filem BoBoiBoy Movie 2 anda sekarang," katanya.
Difahamkan filem pertama BoBoiBoy terdahulu mengambil masa 56 hari untuk mencapai kutipan RM15.8 juta, berbeza dengan filem kali ini yang memerlukan masa hanya lapan hari sahaja. Hebat! 

Untuk rekod, BBBM2 pada Selasa lalu telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM9.9 juta menerusi lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
 
Malah, BBBM2 membuka tayangannya menerusi 145 pawagam di seluruh Malaysia.
 
Oleh itu pada anda yang masih belum mendapatkan tiket apa tunggu lagi? Dapatkan sekarang!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

[#BoBoiBoyMovie2 - Wow!




Tag: filem animasi, boboiboy movie 2, box office, hiburan, filem kanak-kanak



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.