Berita  |  Hiburan

Bocey juara MLM 2017, bawa pulang RM500,000

Bocey juara MLM 2017, bawa pulang RM500,000
Gelaran tersebut sekaligus melayakkan Bocey membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 beserta trofi sumbangan Astro. - Foto Astro Gempak

BOCEY mencatat sejarah dalam program Maharaja Lawak Mega (MLM) apabila bergelar juara MLM 2017.

Gelaran tersebut sekaligus melayakkan Bocey membawa pulang wang tunai berjumlah RM500,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Tempat kedua menjadi milik Shiro yang memenangi wang tunai RM250,000 dan trofi sumbangan Astro.

Dzawin terpaksa berpuas hati apabila diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dan menerima wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi.

Manakala tempat keempat dan kelima menjadi milik Zero dan Puteh yang masing-masing membawa pulang RM50,000 dan RM15,000 beserta trofi.

Sementara itu, trofi Gempak Man Of The Match menjadi milik Syaiful Zero.

Hadiah disampaikan oleh pelawak lagenda Mat Sentul diiringi Datuk Rosyam Nor.

Mengangkat tema ‘Lanun’ sebagai imej, MLM 2017 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan menampilkan Datuk Rosyam Nor, Datuk Aznil Nawawi, Neelofa dan Luna Maya sebagai juri profesional.

MLM 2017 telah berlangsung pada Jumaat, di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah dan disiarkan di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) bermula pukul 10 malam.


UNTUK LEBIH BANYAK LAGI BERITA HIBURAN, KLIK DI SINI