BERITA ini mungkin yang dinanti-nantikan oleh peminat kumpulan K-pop terkenal, BTS.

Menurut aplikasi TikTok, kumpulan yang popular dengan lagu Luv With Boys itu akan melancarkan pratonton lagu terbaharu mereka iaitu 'ON' menerusi aplikasi tersebut.

Mengulas lanjut mengenai pratonton eksklusif ini, pihak TikTok menyatakan bahawa kaedah ini merupakan
satu kaedah yang baharu supaya selebriti dapat berkomunikasi bersama pengguna TikTok sambil mempromosikan kandungan mereka antara satu sama lain.

Pratonton eksklusif yang berdurasi selama 30 saat itu akan disiarkan pada 21 Februari jam 6 pagi waktu Korea Selatan.

Siaran video tersebut dilakukan 12 jam sebelum kumpulan yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V and Jungkook melancarkan album keempat mereka iaitu 'Map of the Soul: 7'.

Bukan sahaja boleh menjadi yang pertama mendengar lagu baharu daripada kumpulan tersebut malah anda juga boleh membuat video TikTok dengan lagu baharu tersebut.

Jadi adakah anda sudah bersedia untuk mendengar lagu baharu BTS dan membuat video anda tular.
Tunggu apa lagi? Ayuh kita mulakan.