SEBELUM ini, peminat kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS rancak berteka-teki apakah band kesayangan mereka itu akan mengadakan persembahan di Anugerah Grammy atau sebaliknya?

Pertanyaan mereka akhirnye terjawab apabila BTS yang dianggotai oleh RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V and Jungkook sudah disahkan akan beraksi pada malam acara anugerah berprestij itu.

Apa yang menariknya, BTS yang popular dengan lagu, Boy With Luv itu akan bergandingan dengan penyanyi, Lil Nas X yang terkenal menerusi lagu Old Town Road.

Selain BTS, Ariana Grande, Demi Lovato, Jonas Brothers, RosalĂ­a juga antara barisan penyanyi yang akan mengadakan persembahan pada malam anugerah tersebut.

Sementara itu, pada malam kemuncak Anugerah Grammy 2020, penyanyi yang popular dengan lagu Good As Hell, Lizzo mendominasi pencalonan selepas tercalon dalam lapan kategori antaranya Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Baharu Terbaik.

Manakala penyanyi Alicia Keys pula sekali lagi diberikan kepercayaan untuk mengendali Grammy sebagai pengacara.

Anugerah muzik gilang-gemilang itu bakal berlangsung di Staples Center, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 26 Januari ini.