KUALA LUMPUR:Kumpulan K-pop terkenal, BTS dilaporkan bakal melancarkan album terbaharu pada pertengahan bulan depan

Menurut syarikat pengurusan kumpulan itu, Big Hit Entertainment, BTS pada masa ini sedang bertungkus-lumus menyiapkan album terbaharu mereka.

Sebelum ini, BTS dikhabarkan bakal membuat kemunculan semula pada Mei, namun Big Hit Entertainment memutuskan mempercepatkan tarikh penampilan semula kumpulan popular ini seiring dengan kemasyhuran yang sedang diraih mereka

Dalam masa sama, BTS juga sedang dalam peringkat terakhir menerbitkan sebuah video muzik.

Berikutan pengumuman berkenaan, ARMY (nama fandom BTS) penampilan semula artis kegemaran mereka amatlah dinanti-nantikan sejak Ogos lalu.

Rasa keterujaan itu dikongsikan di laman sosial ARMY seluruh dunia dengan memuat naik entri #BTSISCOMING.


Bagi ARMY, tiada jangkaan terhadap lagu yang bakal dilancarkan. Hal ini kerana lagu-lagu BTS tidak pernah menghampakan dan akan sentiasa mengungguli tangga teratas carta muzik terutamanya Billboard 200.

Sehubungan itu, ARMY menyatakan mereka akan tetap menyokong BTS dan menantikan petunjuk baru mengenai 'The Most Beautiful Moment In Life' ataupun 'HYYH' teori dari album terbaharu ini.

BTS atau Bangtan Boys dianggotai oleh tujuh orang ahli iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook mencetus fenomena dalam industri muzik pop dunia.

Kumpulan ini sedang membina pengaruh dan populariti yang luar biasa termasuk semakin diterima dalam industri hiburan Hollywood.

Bulan lalu, kumpulan yang popular dengan lagu Idol itu muncul di majlis Anugerah Grammy sebagai penyampai anugerah.

Album BTS berjudul Love Yourself: Tear juga disenaraikan sebagai calon dalam kategori Kulit Album Terbaik di Grammy 2019.

Untuk rekod, sejak mempunyai akaun rasmi Twitter bermula Mei 2013, BTS mengumpul seramai 14.3 juta pengikut manakala di laman Instagram pula, kumpulan ini mempunyai 15.9 juta pengikut setia.

Kumpulan ini juga mempunyai pasukan peminat fanatik yang dikenali sebagai ARMY yang tidak putus-putus menyokong BTS sejak dari awal kemunculan mereka dalam industri hiburan.



BACA: #TearItUpBTS: Segala-galanya kerana ARMY

BACA: BTS ARMY, sedia untuk ikat perut! Patung comel anggota BTS dilancar April ini

BACA: Lengkapkan puzzle untuk lihat ARMYPEDIA, arkib BTS terbesar